Khamis, 19 Mei 2016
Selasa, 17 Mei 2016
Ahad, 15 Mei 2016
Atasi Masalah Rambut Gugur
HARI ini senario keguguran rambut bukan lagi satu berita yang mengejutkan kerana hampir semua orang mengalaminya. Cuma perhatian yang lebih perlu diberikan dalam usaha menanganinya.
Sekiranya masalah ini dipandang remeh dan tidak diambil berat, kepala yang dahulunya dipenuhi rambut bukan sahaja akan berkurangan hari demi hari tetapi boleh menjadikan kepala botak.
Antara faktor utama penyebab kepada masalah ini adalah disebabkan perubahan gaya hidup, pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, kegiatan sosial waktu malam yang lebih berat, dan sebagainya.
Begitupun, masalah yang dilihat sama banyak yang dialami antara lelaki dan wanita ini juga berpunca daripada kurangnya hormon di dalam badan.
Menurut Pakar Antipenuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik, Dr. Wan Julia Sham Ariffin, pengeluaran hormon dalam tubuh manusia mengalami penyusutan sebaik mencecah usia 25 tahun.
Ini katanya, akan menyebabkan pengurangan fungsi normal tubuh dan berlakunya penuaan selain berlaku ketidak seimbangan bahan kimia dalam tubuh.
“Untuk masalah keguguran rambut ini, selain mengubah gaya hidup dan juga pemakanan harian, orang ramai juga dinasihatkan agar mendapatkan berat badan yang ideal.
“Ini kerana sekiranya mengalami berat badan yang berlebihan ataupun berat badan yang berkurangan boleh menyebabkan berlaku masalah hormon.
“Hormon di dalam badan memerlukan pemakanan lengkap yang mengandungi galian, vitamin, dan antioksidan untuk membolehkan bahan kimia ini seimbang,” ujarnya ketika ditemui di klinik rambutnya, Hair Rich yang terletak di 2-9 Level 2, Wisma Lifecare, Jalan Kerinchi 5, Bangsar South, Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut Dr. Wan Julia menjelaskan, masalah keguguran rambut ini juga diwarisi daripada keturunan.
Boleh ‘diturunkan’ oleh ibu atau bapa kepada anak masing-masing, bagaimanapun masalah ini boleh diatasi dengan penggunaan ubat-ubatan.
Katanya, hari ini dengan ledakan teknologi yang dilihat semakin canggih, masalah keguguran rambut ini boleh dirawat dalam masa yang singkat.
Boleh ‘mendapatkan’ semula rambut seperti asal, bagaimanapun Dr. Wan Julia memberitahu, keputusan yang berbeza akan diperoleh oleh mereka yang menjalani rawatan kemoterapi.
Dalam pada itu, Dr. Wan Julia juga memberitahu, setiap wanita atau seorang ibu harus berwaspada sepanjang enam bulan pertama selepas bersalin kerana dalam tempoh tersebut gangguan hormon akan meningkatkan lagi risiko keguguran rambut.
“Semasa mengandung, hormon estrogen dan progesteron dalam badan ibu akan meningkat dan kedua-dua hormon ini akan mengekalkan rambut mereka di fasa anagen (tumbuh).
“Selepas bersalin, tahap hormon jatuh mendadak dan keadaan ini akan menyebabkan kulit kepala mengeluarkan lebih banyak minyak yang akan menyumbatkan pori-pori seterusnya menyebabkan rambut gugur.
“Jadi ibu-ibu perlulah mencuci rambut setiap hari selain mengamalkan diet yang seimbang, mengambil makanan yang baik untuk rambut, serta mengurut kulit kepala lebih kerap untuk melembapkan kulit kepala,” sambungnya lanjut.
sumber: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/atasi-masalah-rambut-gugur-1.
Kecederaan Saraf Tunjang
Jangan pandang remeh jika kaki tangan kita terasa kebas dan lama-kelamaan keadaan semakin parah seperti bertambah lemah sehingga tidak boleh diangkat. Pesakit yang mempunyai tanda-tanda seperti kebas kaki dan atau tangan disarankan agar segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik bagi mengelakkan daripada keadaan menjadi semakin buruk.
Pakar Runding Orthopedik dan Pakar Bedah Saraf Tunjang, Hospital Pantai Klang, Klang, Selangor, Dr. Sia Chong Yeow berkata setakat ini di Malaysia tidak mempunyai data pesakit mengenai penyakit berkaitan kecederaan saraf tunjang.
“Bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan terdapat 40 hingga 80 kes baru kecederaan saraf tunjang setiap tahun bagi satu juta populasi penduduk di dunia.
“Sebanyak 70 peratus pesakit adalah lelaki biasanya berusia dalam lingkungan 39 tahun,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Klang, Selangor baru-baru ini.
Biasanya jelas Dr. Sia, kebanyakkan pesakit datang sama ada dengan simptom kaki tangan lemah atau kebas atau mereka dirujuk oleh pakar perubatan lain kerana kemalangan.
Kecederaan
“Terdapat dua punca utama kecederaan saraf tunjang iaitu
1. Trauma
2. Bukan trauma
“Trauma biasanya disebabkan oleh kemalangan dan lebih 60 peratus kes melibatkan kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat tinggi, kecederaan sukan, kecederaan semasa bekerja atau cedera dipukul menggunakan senapang api tetapi kes kecederaan disebabkan senjata api sering berlaku di negara Barat,” katanya.
Dr. Sia menambah punca bukan trauma biasanya disebabkan oleh kanser atau jangkitan kuman seperti batuk kering atau tibi, proses penuaan dan janin yang mengalami kecederaan saraf tunjang sejak lahir.
Menurut Dr. Sia lagi, biasanya lelaki pertengahan umur terutama mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti lumba kereta dan mendaki gunung sering terdedah kepada kecederaan saraf tunjang.
“Bagaimanapun semua orang mempunyai risiko terutama mereka yang:
1. Berusia muda akibat kemalangan sukan perlumbaan kereta atau mendaki gunung
2. Jangkitan kanser
3. Aktiviti lasak lain
Rehabilitasi
“Bagaimanapun sesetengah pesakitmempunyai kadar sembuh yang lambat dan mereka memerlukan rawatan sepatutnya supaya cepat sembuh,” katanya.
Buat masa ini terdapat rawatan baru saraf tunjang iaitu terapi sel stem yang masih baru dan masih dalam kajian.
Biasanya pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang lengkap mungkin lumpuh sepenuhnya jika mereka tidak bergerak dan menggunakan sendi dan otot. Jadi mereka perlu menjalani latihan fisioterapi untuk mengelakkan fungsi sendi dan otot menyusut atau tidak berfungsi.
Dr. Sia berkata, program rehabilitasi amat penting bagi pesakit yang mengalami kecederaan saraf kerana jika mereka mendapat sokongan yang kuat daripada keluarga dan orang terdekat mereka boleh hidup lebih lama malah masih boleh berjaya seperti orang lain.
“Elakkan mereka daripada rasa terbeban atau rendah diri. Pesakit juga jangan cepat putus asa kerana mereka masih mempunyai peluang untuk berjaya seperti orang lain contohnya pemilik Speedmart 99 yang merupakan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda disebabkan penyakit polio semasa masih bayi,” katanya.
sumber : http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/kecederaan-saraf-tunjang-1.
Selasa, 10 Mei 2016
Botox cantikkan wajah?
Ramai orang yang keliru atau tidak memahami tentang fungsi botulinum toksin A dan filler. Kedua-dua bahan ini popular digunakan untuk mengurangkan kedutan tetapi kedua-duanya berfungsi dalam cara yang sangat berbeza.
Filler ialah cara untuk menambahkan volume atau nilai untuk membentuk pipi, rahang, hidung dan bibir. Dalam pada itu, kedutan yang disebabkan oleh otot yang mudah longgar boleh diketatkan dengan botox daripada bahan botulin toksin A. Sentuhan setiap bahan ini adalah sangat berbeza.
Dalam pada itu, filler diperbuat daripada hyaluronik asid yang dikenali sebagai bahan semula jadi yang terdapat di dalam badan anda. Doktor akan melakukan rawatan berdasarkan permintaan pelanggan sama ada memilih suntikan botulinum toksin A atau filler. Terdapat pelbagai jenama dan jenis serta kegunaan yang berbeza kedua-dua kaedah ini. Filler boleh digunakan untuk membesarkan bibir, meninggikan hidung, pipi, dagu dan mengurangkan garis-garis halus senyuman, mata cengkung dan kedutan halus. Kesannya sebenarnya biasa, sangat semula jadi dan bertahan selama lebih kurang enam bulan..
Botox pula digunakan untuk merehatkan otot di sekitar kawasan muka dan melembutkan penampilan garis-garis halus serta kedutan di muka, leher dan sekitar mata. Selain itu, botox juga boleh digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah peluh yang kuat di tangan atau kaki.
Kedua-dua rawatan ini amat berkesan untuk menganjalkan wajah pengguna. Dalam pada itu, rawatan ini boleh melengkapi antara satu sama lain untuk menghasilkan wajah yang diidamkan.
Toksin botulinum A dan rawatan filler lebih cepat dan menjadi alternatif untuk pembedahan plastik dalam kalangan wanita dan lelaki kerana mereka tidak perlu melalui kesakitan dan trauma dengan pembedahan.
Rawatan hanya memerlukan sebahagian kos kecil daripada harga pembedahan dan tidak memerlukan downtime. Selain itu, perkara yang paling luar biasa bagi kedua-dua kaedah ini ialah separa kekal yang bermaksud akan hilang selepas tempoh masa tertentu supaya anda boleh kembali kepada aktiviti normal yang anda inginkan.
Kesan botox yang terbaik dilihat pada kedutan dinamik atau kedutan yang terbentuk seperti semasa bentuk wajah muram, tersenyum atau ketawa.
Jangan lupa untuk merujuk kepada Pakar Perubatan Estetik berkelayakan dan berpengalaman. Dalam pada itu, jangan takut bertanya soalan untuk menjawab keraguan anda walaupun kebanyakan rawatan estetik selamat dan mempunyai kesan sampingan yang minimum.
- SUMBER utusan online: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/botox-cantikkan-wajah
Ahad, 8 Mei 2016
Sabtu, 7 Mei 2016
Isnin, 2 Mei 2016
Battery Remote Honda City 2014 Habis
Genap 2 tahun aku pakai Honda City 2014 tetiba masa nak start engine ada bunyi.. tet..tet...tet.. tengok kat meter ada tulisan klik2 tulis '' KEY BATT ''... ingatkan battery kereta nak kong... call Macinda Honda kuantan, dia bagitau BATT tu ialah battery remote nak abis.. tahan lebih kurang dalam seminggu... nak pergi pusat service jauh la pulak.....
so aku try cari battery remote dekat kedai jam area Bandar Jengka... cari cari cari terus cari... kedai pertama pegi battery tak sama size.. hmmm... cari kedai lain.. pehhhhhhh... sekbaik ada... sama jenis... harga rm15.. tokey kedai bagi rm13.. aku mntak kurang rm10.. dia bagi, jalan teruss...
battery original made in Indonesia... hmmm... siap pasang try start engine kereta, tengok kat meter dah tkde tulisan KEY BATT ... legaa nak travel ke Teganu...
sekian.. hasil tulisan hancur.. Terima kasih..
Ahad, 13 Mac 2016
Kanser kolorektal pembunuh senyap
SEBAHAGIAN besar daripada kita mungkin mengenali seseorang yang meninggal dunia terlalu awal dan secara mengejut.
Mungkin ada yang tidak mempunyai pilihan, sementara yang lain mungkin mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu bagi mengelakkan mati terlalu muda. “Bagaimana jika”, adalah persoalan yang sering menghantui fikiran seseorang yang kehilangan orang tersayang akibat tidak mengambil langkah awal seperti pemeriksaan awal sebelum penyakit yang terkenal dengan gelaran “pembunuh senyap” menyerang.
Kanser kolorektal adalah salah satu penyakit yang digelar pembunuh secara senyap. Ramai yang tidak menyedari bahayanya sehingga simptom muncul. Kebanyakan pesakit kanser kolorektal terutama bahagian usus besar tidak mengalami sebarang simptom pada peringkat awal.
Simptomnya yang tidak nyata dan sering disalah tafsir sebagai masalah lain membuatkan ia sering diabaikan begitu sahaja dan salah diagnos mungkin berlaku akibat tidak bertemu dengan pakar. Apabila simptom muncul dan berterusan, penyakit tersebut sudah mara ke tahap rawatan menjadi lebih susah.
Walaupun bunyinya menakutkan, kanser kolorektal boleh dirawat jika ia ditemui di peringkat awal dan kolonoskopi merupakan alat yang paling efektif bagi mencegah kelainan di dalam usus sebelum berubah menjadi sel kanser.
Kanser kolorektal yang terdiri daripada kolon dan rektum di dalam usus besar berlaku apabila tumor terbentuk di lapisan usus besar. Terang Dr. Shanthi, ia boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan dan risikonya lebih tinggi bagi mereka berusia 40 tahun ke atas. “Namun golongan muda tidak terkecuali daripada menghidap kanser usus akibat persekitaran dan gabungan faktor-faktor lain. Pesakit paling muda yang pernah saya rawati berusia 17 tahun.
“Di Malaysia, pesakit berbangsa Cina merupakan golongan yang tertinggi menghidap kanser kolorektal, dipercayai ada kaitan dengan genetik dan pemakanan mereka. “Seperti kanser lain, apa yang paling merisaukan adalah apabila ia berada pada tahap yang tinggi dan merebak ke organ penting lain seperti hati dan paru-paru yang boleh membawa maut,” ujarnya.
Rawatan
Menemui simptom pada peringkat awal kanser kolorektal iaitu dalam bentuk polip merupakan kunci utama untuk melawannya. Tegas Dr. Shanthi, kolonoskopi merupakan cara terbaik kerana ia adalah langkah pengesanan awal ketika masih di peringkat polip.
Cara lain bagi mendiagnos kanser kolorektal ialah endoskopi dengan mengambil sel di dalam usus untuk dihantar ke makmal selain imbasan x-ray dan CT colonography turut boleh dilakukan bagi mendiagnosis kanser tersebut. Jika disahkan menghidap kanser kolorektal, jenis rawatan pula bergantung kepada tahap kanser tersebut.
Tiga rawatan utama ialah pembedahan, kemoterapi dan radiasi. “Jika ia pada tahap masih boleh dibedah, pembedahan di bahagian usus yang mempunyai sel kanser dan lebihan sekelilingnya akan dibuang dan bahagian yang terputus akan disambung. “Namun, jika ia berlaku di bahagian yang terlalu bawah iaitu di rektum, kemungkinan pesakit perlu memakai alat bantuan membuang bahan buangan melalui laluan khas keluar dari bahagian abdomen iaitu stoma selepas pembedahan.
“Rawatan lain termasuk kemoterapi, radioterapi dan imunoterapi, terapi yang mensasarkan terus ke bahagiam mutasi,” terangnya. Ketika pembedahan tersebut, sempadan tisu normal usus dan nodus limfa yang berdekatan turut akan dibuang bagi memastikan kanser tidak merebak. Peratusan pesakit yang menjalani rawatan untuk menjalani kehidupan seperti biasa adalah tinggi jika mendapat rawatan awal.
Usus besar dan rektum
Kanser usus besar merupakan kanser pada bahagian usus besar iaitu bahagian bawah sistem penghadaman manakala kanser rektum pula merupakan kanser beberapa inci terakhir usus besar. Kedua-duanya sering digelar kanser kolorektal.
Kebanyakan kes kanser kolorektal bermula dari ketumbuhan kelompok sel bukan kanser (benign) yang digelar polip adenomatous dan dari semasa ke semasa polip ini boleh bertukar menjadi kanser. Dalam kebanyakan kes, punca kanser kolorektal tidak dapat dikenal pasti dan berlaku apabila sel sihat di dalam usus mengalami perubahan.
Kebanyakan permulaan kanser kolorektal tidak mempunyai simptom yang nyata dan biasanya simptom bergantung kepada bahagian mana kanser itu berada. Jika di bahagian kanan usus besar, simptomnya kurang jelas seperti najis selalunya mengandungi banyak air dan kehilangan darah lalu menyebabkan pesakit mudah penat dan pucat.
Manakala jika pada bahagian kiri pula, pesakit selalunya mengalami simptom perubahan pembuangan air besar, sakit ketika membuang air besar, banyak lendir pada tinja, berat badan menurun dan selera makan berkurangan.
Namun simptom-simptomnya kurang jelas dan berbeza-beza. Maka mereka yang berisiko dan melihat sebarang perubahan perlu segera bertemu dengan pakar.
(Sumber - Utusan Online)

Kesedaran penting hindar kanser serviks
Jangan pandang remeh jika didatangi darah haid lebih banyak dan berpanjangan daripada biasa. Dan jika telah menopaus tetapi tiba-tiba terdapat pendarahan seperti haid serta sakit melampau di bahagian serviks, berjumpalah doktor atau jalani ujian pap smear setahun sekali.
Ini kerana kanser serviks boleh menyerang wanita pada usia seawal 20 tahun. Bagaimanapun menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital KPJ Sentosa Kuala Lumpur, Dr. Andi Anggeriana Andi Asri pesakit paling muda yang mendapat rawatan kanser serviks ialah berusia 24 tahun.
“Kanser serviks adalah kanser nombor dua atau tiga selepas kanser payudara atau kanser kolon.
“Kajian menunjukkan kanser serviks berada di tempat kedua atau ketiga berganti kedudukan dengan kanser kolon bagi wanita.
“Ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2012,” katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Menurut Dr. Andi Anggeriana, kanser pangkal rahim boleh dikesan seawal tahap satu. Biasanya 75 peratus penyakit disebabkan oleh jangkitan Human Papillomavirus (HPV) dan dikawal dengan suntikan vaksin yang diberikan pada pelajar sekolah berusia seawal 13 tahun diikuti 10 tahun kemudian. Pangkal rahim atau serviks adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Kanser pangkal rahim berlaku apabila sel-sel di serviks membiak secara luar biasa.
Kanser serviks terbahagi kepada dua iaitu peringkat awal yang berlaku di sekitar serviks dan peringkat lewat apabila sel kanser mula merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain seperti paru-paru melalui sistem aliran darah. “Kanser serviks merupakan kanser kedua terbanyak dalam kalangan wanita selepas kanser payudara.
Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini,” katanya. Kajian WHO menganggarkan lebih kurang 18 orang wanita daripada setiap 100,000 penduduk menghidap kanser serviks di mana 7.9 peratus (2,000 hingga 3,000 kes setiap tahun) daripada semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser serviks.
Manakala 10.5 peratus daripada kematian wanita yang menghidap kanser di hospital kerajaan disebabkan kanser serviks. WHO melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 700 wanita di Malaysia maut akibat kanser serviks setiap tahun.
Punca sebenarnya juga masih menjadi misteri namun daripada kajian saintis, terjadinya prakanser dan kanser serviks adalah disebabkan oleh jangkitan (HPV). Terdapat lebih daripada 100 jenis HPV dan kajian menunjukkan 99.7 peratus daripada kes kanser serviks mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV jenis 16 dan 18, sementara jenis 6 dan 11 pula dikaitkan dengan ketuat kelamin.
Dr. Andi Anggeriana berkata, secara umumnya, jangkitan HPV berlaku tanpa disedari kerana tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.
Walau bagaimanapun dianggarkan 20 peratus daripada mereka yang dijangkiti akan mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan melebihi 18 bulan. “Atas sebab-sebab inilah maka ujian pap smear perlu dilakukan bagi mengesan sel luar biasa sebelum sel kanser serviks mula membentuk dan dikesan. Realitinya pada masa dan saat ini hanya ujian pap smear mampu mengesan sel luar biasa dan keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang berjaya dikesan.
“Selain itu ubatan yang digunakan pada tahun 1946/47 untuk menghentikan pendarahan semasa hamil meningkatkan risiko kanser pangkal rahim pada usia muda,” katanya.

Isnin, 22 Februari 2016
YOUTUBE ZULOGAM
Suka layan video YOUTUBE lawak,seram,ganaz,mistik,kelakar,romantic,cute etc jangan segan silu di search YOUTUBE just taip ZULOGAM & JENGKA BOY
Rabu, 13 Januari 2016
Langgan:
Catatan (Atom)